Tuesday, 4 December 2018

MANUSIA TALAM DUA MUKA ADA DI MANA-MANA


http://neomalaysiaorder.blogspot.com/2018/11/pemimpin-kanan-pdrm-terlibat-jenayah.html?m=1



Menarik sungguh cerekarama yang dinukilkan oleh pengecut, talam dua muka dan pengkhianat ni. Jangan ingat orang tak tahu siapa kamu dan siapa anggota “kartel” kamu yang sekarang dah berjaya dicantas,  kena cold storage dan kena angkut dgn SPRM dah pun.  Senang cakap, yang HANTU RAYA sebenarnya adalah kamu….. geng Hantu Raya Yang Kelaparan sebab hilang sumber pendapatan bulanan hasil menyamun  kiri kanan.

Tak payah la guna taktik kotor untuk jatuhkan orang lain. Cermin diri tu dulu & tanya sebab apa kamu dah jauh terpinggir. Ini balasan Tuhan kepada kamu si talam dua muka sbb dah banyak songlap duit dan bagi anak bini makan duit haram. Mungkin tak serik lagi kot dihukum Allah….sebab tu masih nak menyalak macam anjing. Tak serik2 dgn balasan Allah? Ni buat onar dan fitnah lagi?

Kenapa marah & benci sangat dengan budak Suhaily tu? Sebab dia muda dari korang? Atau sebab dia lebih cerdik dan bersih dari korang? Atau korang sakit hati sebab tak boleh balik ke lubuk lama? Yang jelas, memang kamu serong. Jangan tanya kenapa operasi polis banyak gagal zaman Suhaily. Tanya diri balik berapa banyak operasi penat lelah orang yang kamu lelong untuk kenyangkan tembolok dan kantung korang.

Jangan jadi DAYUS tak dak TELOR. Jangan baling batu sembunyi tangan. Pengecut sbb hanya berani dedah di blog untuk tarik perhatian Kerajaan PH konon. Kamu dulu macai BN paling jijik…paling hina. Ibarat hamba pecacai yang tak reti beza haram dengan halal. Fitnah dengan Hizbah.  Jangan ingat Tun M tak tahu. Jangan nak salahkan orang lain kerana tak disambung kontrak, naik pangkat dan bagai.  Tepuk dada tanya selera. 

Kalau kamu betul ANAK JANTAN, lapor terus pada SPRM. Kalau kamu ada bukti, moh share di sini. Kalau tak ada, elok kamu diamkan diri sebelum aib kamu dan geng2 kamu didedahkan. Simpan sikit kebodohan tu. Jangan sampai meleleh dari hidung, dan keluar ikut telinga. 

Kalau tak berupaya nak bagi bukti, MAKA TERBUKTI KAMU SEORANG PEMBOHONG KELAS PERTAMA

NOTA: Lain kali kalau nak menulis blog, jangan sampai orang boleh kenalpasti kamu siapa.


Sunday, 5 April 2015

Rahsia Kebaikan Jamaluddin Jarjis Yang Perlu Dikenang.





April 5, 2015

Kebaikan Allahyarham Jamaluddin Jarjis yang tidak diketahui umum untuk sekian kalinya. setelah menyimpan rahsia sejak sekian lama, saya ingin memberitahu. inilah rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara, Indonesia yang dibantu Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis ‘secara senyap-senyap’ tanpa pengetahuan sesiapa sejak hampir 10 tahun lalu sehingga sekarang.

Saya akui, saya adalah orang yang akan dihubungi secara direct melalui telefon bimbit oleh Tan Sri untuk membawa sejumlah duit zakat peribadi beliau untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi ini terutama menjelang musim lebaran. Selalunya saya bersama dua tiga orang kepercayaan beliau akan berkerja sama setiap kali misi bantuan ini dijalankan.

Selain daripada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Islam, Tan Sri atas dasar kemanusiaan juga pernah mengarahkan kami menyalurkan sumbangan kepada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Kristian di pulau itu.Kali terakhir saya membawa wang zakat Tan Sri ke sini ialah kira2 empat bulan lepas…dan utk pengetahuan semua, bukan ini saja sumbangannya malah byk lagi terutama di dalam negara tetapi semua dibuat tanpa media dan publisiti.

” Selagi saya hidup tak payahlah cerita benda ni, ” kata beliau. Itu yg sering terngiang di telinga saya sehingga ke hari ini . Semoga Allah merahmati beliau…Al Fatihah..

SAK: Tan Sri damailah di sana…hajat dan amanah Tan Sri telah kami tunaikan…doa kami bersama Tan Sri…selamanya. Saya hilang kata-kata.

Inilah wajah anak-anak yatim mangsa gempa bumi di Indonesia yang dibantu secara peribadi hampir setiap tahun oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis ‘secara senyap-senyap’ tanpa diketahui oleh ramai pihak apatah lagi pihak media. Tugas ini selalunya akan diberikan kepada saya dengan dibantu para pegawai kepercayaannya atau pimpinan UMNO Bahagian Rompin.Selalunya kami akan dipanggil ke pejabatnya atau di lokasi tertentu. Sekali imbas orang mungkin ingat kami sedang menjalankan ‘urusniaga’ atau deal projek, tetapi hakikat sebenarnya Allahyarham ketika itu akan memberi arahan ringkas mengenai pemberiaan zakat peribadinya pada tahun tersebut.

Sekiranya Allahyarham sibuk, beliau akan mengamanahkan hal tersebut kepada pegawainya dan Allahyarham secara peribadi akan SMS/Whatsapp saya untuk berjumpa pegawainya di tempat tertentu. Allahyarham seboleh-bolehnya mahu wang zakatnya itu diberikan terus kepada penerima atau anak yatim yang dimaksudkan, bukan melalui pindahan akaun atau money transfer.

Bagi memastikan kami selesa menjalankan amanahnya, Allahyarham akan memastikan segala urusan kami seperti hotel dan penerbangan diselesaikan terlebih dahulu. Dan sebaik saja tiba di mana-mana rumah anak yatim, kami akan mengadakan kenduri doa selamat sebelum memberikan angpau bagi menggembirakan anak-anak ini.

Untuk guru-guru juga, Allahyarham akan menyediakan peruntukan khas sebagai menghargai jasa mereka menjaga anak-anak yatim ini. Dan sekiranya ada lebihan wang, Allahyarham akan meminta kami masuk ke mana-mana masjid atau surau di kawasan pendalaman untuk diberikan sedikit sumbangan bagi menampung perjalanan rumah Allah tersebut.

Walaupun saya secara peribadi tidak pernah mendapat habuan besar dari Allahyarham, tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya berjaya melaksanakan amanahnya sebaik mungkin dan dapat berbakti dengan ahli politik yang sangat dermawan itu.

Semalam Allah telah menjemputnya pulang. Saya tahu, bila bercakap mengenai Allahyarham, akan ada pelbagai persepsi mengenai beliau terutama dari seteru politiknya. Namun saya tidak mahu tahu semua itu – kerana yang saya tahu, saya mengenali Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaluddin Mohd. Jarjis dari sudut berbeza, iaitu sudut kemuliaan hati seorang manusia kepada seorang manusia lainnya.

Tujuan saya menceritakan semua ini bukanlah untuk membodek Allahyarham…tak guna pun…beliau sudah tiada untuk mendengarnya, bukan juga untuk mengagungkan Allahyarham…tetapi sekadar untuk memberitahu setiap dari kita ada sisi hitam dan putihnya. Jangan hanya menilai seseorang daripada kulit, tetapi lihat juga isi, hati dan sanubarinya.

Al-Fatihah…semoga rohmu dicucuri rahmat dan amalan ikhlasmu diterima dan mampu membawamu ke syurga firdausi Tan Sri.

Oleh: Syahril A. Kadir
Pegawai Khas Menteri Pembangunan Wanita
UNSUNG HERO




Kpl Razkan Bin Seran 

Wira tidak didendang
Perginya dalam dedikasi tugas dan tanggungjawab.



Anggota Unit Tindak Khas yang terkorban dalam nahas Helikopter pada petang 4 April 2015 semasa dalam tugas mengiring principal yang didalam tanggunggjawabnya.Beliau terkorban dalam tugas bersama2 dengan prinsipalnya.Kejadian itu bukanlah kesalahan atau kegagalan tugas tetapi keadaan diluar jangkaan yg sukar untuk dielakkan.

Allahyarham juga sebelum ini pernah berjuang bersama pejuang2 lain dalam Ops Daulat di Lahad Datu tetapi tiada yang tau kerana etika dan prinsip kerahsiaan yang tinggi Unit Tindakhas tempat beliau bernaung.Lambang keris bersayap yang tersemat dilengan,Beret Merun yang disarung menjadi lambang kemegahan dan menjadi saksi sumpah berdarah akan berbakti dan sedia berkorban untuk Negara serta memegang kerahsiaan yang tinggi.

Beliau tidak terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu tetapi beliau terkorban dalam nahas Helikopter semasa DALAM TUGAS RASMI. Apakah bezanya gugur dalam tugas dilahad Datu dengan gugur dalam nahas Helikopter semasa bertugas tugas sehingga menyebabkan beliau seakan dilupakan begitu awal sekali..

Dalam pengurusan jenazah Allahyarham di Hospital,Solat Jenazah di Masjid Bukit Aman dan DiLapangan Terbang Subang dapat dilihat kurangnya perihatin dari pegawai peringkat tertinggi KDNKA dimana Unit Tindakhas dibawah cabang tanggungjawabnya.

Sungguh mengecewakan,
Tiada penghormatan selayaknya diterima, diberi kepada pejuang yang gugur ini.Hanya kelibat pegawai2 dari bahagian Kebajikan PDRM dan pegawai serta rakan seperjuangan dari UTK sahaja yang sibuk menguruskannya.

Beberapa kepincangan dan kelemahan terselah didalam proses penghantaran pulang jenazah ke Sabah Namun dapat diatasi dengan tolak ansur dan budi bicara pihak lain.Terima Kasih diucapkan kepada pihak TUDM yang membantu melancarkan urusan.

Apakah kematian jika ditembak sahaja yang layak mendapat penghormatan sebagai wira ??
Sebagai anggota pasukan Khas
kami bersedia untuk bertugas,
Kami bersedia untuk cedera,
Kami bersedia untuk terkorban
Tapi kami tidak menjangka akan dilupakan begitu cepat,
pada hari kematian kami...
Wira Tak Didendang...

SUMBER :-
https://www.facebook.com/pages/VAT-69-Perjuangan-Semalam/403142033068693?fref=nf

APA KATA PEMIMPIN BUKAN MELAYU TERHADAP SIKAP TOLERANSI BANGSA MELAYU


Orang Melayu terkenal dengan ketinggian sikap tolak ansur. Kerana sikap tolak ansur orang Melayu, negara ini dapat ditadbir dengan harmoni sekali. Kerana toleransi yg tinggi dari orang Melayu juga bangsa pendatang dapat berteduh dengan aman di negara bertuah ini. Sikap murni ini turut diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin bukan Melayu.  



Bekas Presiden MIC dan Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom, Tun V.T. Sambanthan telah menyatakan di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965 :


“Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. 


Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini".



Bekas Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk ‘Tun Tan Answers Critics On Special Previleges’ pada 30 April 1969, berkata :


"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

SUMBER : http://gerakanantidap.blogspot.com/

KISAH PERANG SABIL DI SUNGAI MANIK, PERAK


Peristiwa sejarah Tanah Melayu di bawah jajahan Cina Komunis MPAJA selama 14 Hari




Perang Sabil Sg Manik, Perak adalah perang yang dipaksakan ke atas orang Melayu oleh Cina Komunis MPAJA melalui provokasi terancang sehingga mencetuskan kemarahan orang Melayu. Ianya berlaku sejurus tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua dan Cina Komunis Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama 14-hari. Kekejaman Cina Komunis ini tak banyak beza dengan kegiatan AhLong masakini yang menyiksa mangsa hutang tanpa belas kasihan kerana kegiatan jenayah terancang mereka ini diwarisi turun temurun melalui kongsi gelap yang menjadi tulang belakang dewan perniagaan Cina di seluruh dunia.

Banyak cerita perihal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Melayu Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut, tapi kini makin luput dari ingatan generasi muda. Dalam kejadian 13 Mei 1969, pejuang Melayu dari Sg Manik telah beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur untuk menyelamatkan nyawa orang Melayu di Kg Baru yang berada dalam bahaya. Anda mungkin pernah mendengar kisah Parang Terbang yang berlegar sewaktu curfew atau perintah berkurung semasa peristiwa 13 Mei.


Pergerakan seperti Tentera Sabil atau Kumpulan Parang Terbang merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan Melayu Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. 


Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik. Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan menubuhkan negara komunis Cina.


Mereka melakukan banyak kekejaman secara terancang terhadap orang Melayu yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu dianggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama Islam dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat.


Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza. Mungkin Perdana Menteri bukan lagi orang Melayu, seperti yang terjadi di Singapura!


Bagi orang Melayu Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu.


Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman. Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Salleh yang menyelamatkan orang Melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero. 


Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara. 


Orang Melayu Banjar Sg Manik tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato, cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan direkodkan dalam sejarah negara. Jangan sampai peristiwa pemerintahan Tanah Melayu oleh Komunis Cina Bintang Tiga selama 14-hari itu berulang kembali hanya kerana Melayu Mudah Lupa!






MESTI BACA 8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia






Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.

1) Memperalat orang Melayu

Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.
Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.




2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”.

“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).
Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.

Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan.

Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.
Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.

“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.

Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.

Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu.
Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’.
Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.

“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.

4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.

Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)

5) Ketuanan Cina di Singapura.

Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.

Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.

Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

8) 98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.

Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.

Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.

Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.

Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.

Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.

Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu.


SUMBER :-

Asyraf Farique
Penyelidik IRIS